...Followers...

Thanx Coz Sudi Singgah...Jangan Lupa Follow & Tinggalkan Komen...Satu Pun Tak Per...Heheh...Sayang Uols!

:::Hello Everyone:::

Selamat Datang Ke Intanz Handmade Shop
Untuk Melihat Readymade Item Sila KLIK SINI

Pengurusan Pos Hanya Pada Hari SELASA & KHAMIS
*JUALAN ONLINE KINI DIBUKA*






Intanz Handmade Di TV AlHijrah Slot DIY 2 Dec 2015

Alhamdulillah di penghujung penutup tahun 2015, Intanz Handmade diberi peluang untuk muncul di dalam sebuah rancangan bual bicara Assalamualaikum, terbitan TV AlHijrah. Slot DIY bersama Intanz Handmade membawakan dua DIY istimewa untuk penonton. Semoga perkongsian singkat ini dapat memberikan kita manfaat bersama. Di sini saya kongsikan beberapa gambar dan pengalaman sepanjang penggambaran siaran langsung di TV AlHijrah.


Petang Isnin saya menerima mesej ini. Alhamdulillah rasa sangat bersyukur, dah lama teringin. Salah satu impian saya ialah untuk berkongsi sesuatu mengenai dunia jahitan bag saya kepada mereka di luar sana. Setelah berbincang, akhirnya Curvy Clutch dan Diaper Strap dipilih sebagai produk untuk slot DIY 2 Dec 2015.

Tiba di perkarangan TV AlHijrah
Perjalanan bermula seawal jam 6 pagi iaitu selepas Subuh dari Kuala Selangor menuju ke Stesen TV AlHijrah. Alhamdulillah, tiba di sana jam 7 lebih. Saya diminta untuk berada di sana pada jam 8.30 pagi. Kami bertolak lebih awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Alhamdulillah, semuanya lancar dan mudah.




Bersama pengacara Irma Hasmie
Alhamdulillah semuanya selesai dengan begitu lancar sekali. Terima kasih buat semua team TV AlHijrah yang begitu banyak membantu. Terima kasih juga kepada pengacara Irma Hasmie yang sangat friendly dan sekali gus mengurangkan debaran di hati saya hehe. Satu pengalaman yang cukup indah untuk dikenang, terima kasih semua. Kepada yang ingin menonton semula rakaman slot ini boleh menontonnya di bawah.



Semoga perkongsian singkat saya ini dapat memberi manfaat buat kita bersama.
Selamat menonton!
LIKE! LIKE! LIKE!


LIKE MY PAGE!

4 comments:

Kata Mereka Yang Super Cool

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers
COPYRIGHT@SEGALA ISI MILIK INTANZ HANDMADE SHOP